Thursday, April 28, 2011

AQIDAH YANG BATIL


PENGERTIAN BATIL DAN CIRI CIRI AQIDAH BATIL
Batil bererti sesuatu perbuatan atau ibadat yang tidak diterima Allah, dan tidak diperakui sebagai satu perbuatan atau ibadat yang sah di sisi hukum syara'.
Aqidah yang batil bererti sesuatu iktiqad atau kepercayaan yang bercanggah dengan nas nas syariah dari al-Quran dan al Sunnah. Dengan ertikata yang lain aqidah yang batil adalah suatu aqidah yang terkeluar dari iktiqad ahli Sunnah Wal Jamaah, seperti iktiqad Mu'tazilah,Jabariah,Qadariah dan lain lainnya dari iktiqad iktiqad kumpulan kumpulan yang sesat.
Mu'tazilah dikenali dikalangan orang ramai dengan panggilan Mu'tazili ( orang yang tergelincir). Ini ialah kerana Wasil bin 'Ata telah tergelincir dari fahaman gurunya Hasan Basri seorang tabiin yang bermazhab ahli sunnah wal Jamaah yang mengajar di negeri Basrah.
Pada suatu ketika pengajaran Hasan Basri sampai kepada satu masalah mengenai seorang Islam yang mengerjakan dosa besar, Hasan Basri menerangkan dengan alasan - alasan yang kuat bahawa orang itu termasuk golongan orang yang berbuat maksiat, tetapi dia masih mukmin lagi, selama dia percaya kepada Allah, rasulNya dan segala perkhabaran yang dibawanya.
Pendapat Hasan Basri ini telah dibangkang oleh muridnya Wasil bin 'Ata, Wasil berkata; orang yang melakukan dosa besar tidak lagi dikira sebagai seorang mukmin, tetapi dia tidak pula menjadi kafir, jika dia tidak bertaubat, di akhirat kelak dia kekal di dalam neraka, tetapi azabnya ringan dan tidak seperti azab yang dirasai oleh orang yang kafir sejati.
Wasil berpendapat orang yang kekal dalam neraka ada dua kumpulan. Pertama kafir sejati, kedua orang Islam yang melakukan dosa besar tanpa taubat.
Fikiran dan pendapat Wasil ini tidak dapat diterima oleh gurunya Hasan Basri, lalu diusirnya Wasil dari golongannya, dan Wasil pun mengasingkan diri ke sebuah tempat pengajian yang tersendiri dan meneruskan keyakinannya. Fikiran wasil ini telah disokong oleh Umar bin 'Ubid, yang menyebabkan terbentuknya satu mazhab tersendiri yang dikenali dengan nama Mazhab Mu'tazilah, di mana Wasil bin 'Ata adalah pemimpin dan penganjur Mazhab Mu'tazilah itu.
Mazhab Mu'tazilah ini dalam memahamkan agama sangat menggunakan fikiran yang dicampurkannya pula dengan falsafah falsafah Yunani. Dengan kegiatan penganjur-pengajur Mazhab Mu'tazilah, dalam masa yang singkat sahaja mazhab ini telah berkembang dengan rancak dan pesatnya mempengaruhi iktikad-iktikad manusia. Kini pengikut mazhab Mu'tazilah ini banyak bertaburan di Syam, Yaman, Iraq, Iran dan Pakistan, dan juga di negeri negeri Islan yang lain. fahaman Mu'tazilah ini sama ada disedari atau tidak telah menyeludup melalui ajaran ajaran Islam.
Mazhab Mu'tazilah ini mulai tumbuhnya di Basrah yang dipelopori oleh Wasil bin 'Ata dan Umar bin 'Ubid. Perkembangan mazhab ini yang pesat yang semasa pemerintahan Hisyam dan Khalifah Umaiyah, iaitu di antara tahun 723-748 Masihi. Mazhab Wasil ini dan golongan-golongan Mu'tazilah yang pertama sangat mempengaruhi keyakinan rasmi gerakan pemerintahan Abbasiyah, Sebelum tahun 750 Masihi,para ulamak ulamak Mu'tazilah telah membuat hukum hukum dengan cara melulu mengenai kedudukan orang -orang Islam dan kafir. Mereka juga telah membuat satu hukum, bahawa segala kemahuan dan kehendak manusia terlepas dari kehendak Allah.
Menurut mazhab Mu'tazilah ini,Al-Quran itu baru sahaja dicipta. Pada tahun750 Msh, golongan Mu'tazilah menyokong dengan kuat gerakan Khalifah Abbasiyah menentang fahaman mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Syiah. Dengan sebab itulah kebanyakan pengajaran mazhab Mu'tazilah bersifat pegangan rasmi rakyat Baghdad yang mendapat sokongan besar daripada Khalifah Ma'mun yang merupakan satu keyakinan di negara itu, dan menentang fahaman orang yang tidak mengikut mazhab Mu'tazilah itu. Tetapi apabila Khalifah Mutawakil memerintah di antara tahun 847 -861 masihi, fahaman Mazhab ini dianggapnya sangat berbahaya, lalu diarahkannya Ulamak Ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah menentang fahaman mazhab ini yang semakin lama semaking berkurangan dan merosot, akhirnya perlahan-lahan hilang pengaruhnya.
Dalam masa perkembangan Mazhab Mu'tazilah ini, mereka berjaya menubuhkan cawangannya tidak kurang 900 cawangan yang berasal dari pengikut-pengikut Asy'ari iaitu di antara tahun 874-935 msh. Di antara satu sama lainnya terdapat beberape fahaman yang berbeza beza, sama ada mengenai hukum-hukum fikah atau tauhid. Dalam mentafsirkan Al Quran dan Hadith, mazhab ini terlalu banyak menggunakan fikiran dan otak. selain daripada itu fahaman mazhab Mu'tazilah banyak persamaannya dengan fahaman agama Kristian. Misalnya mengenai keyakinan mereka, bahawa Al-Quran itu baru sahaja diciptakan. Fahaman ini terdapat dalam agama Kristian, dan fahaman tersebut adalah di antara yang menyebabkan mazhab Mu'tazilah ini terkeluar dari agama Islam..

Diharap pembaca dapat pemahaman tentang Ajaran Mu'tazilah ini, dan berjaga jagalah dalam beragama jangan terpesong agama dan iman kita... Sekadar berkongsi Ilmu. As Salam

**
tulisan ini dipetik dari buku Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.karangan Hj Said bin Hj Ibrahim Bekas Mufti Negeri Sabah.


Akan datang kita bincangkan pasal fahaman Jabariah.. Insya'allah

3 comments:

ANNAS said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai akidah bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.

Unknown said...

Penulisan yg sgt baik..terima kasih..

Unknown said...

Penulisan yg sgt baik..terima kasih..