Wednesday, April 27, 2011

Orang minum Khamar dan menamakan bukan khamar


~~Dari Abu Malik al Asy'ari r.a, bahawasanya ia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya ada sebahagian dari umatku yang akan meminum khamar dan mereka menamakannya dengar nama lain. (Mereka minum) sambil dialukan dengan muzik dan suara artis - artis. Allah S.W.T akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa ) dan Allah S.W.T akan merubah mereka menjadi kera dan babi"~~
H.R Ibnu Majah.

Akan ada di kalangan orang Islam yang meminum khamar (arak) dan mereka mengatakan bahawa yang diminum itu bukan khamar, Ia hanyalah sejenis minuman yang dapat menyegarkan badan dan menghilankan dahaga, mereka akan memberikan suatu nama kepada minuman ini yang menunjukkan bahawa ianya bukan khamar, hakikat sebenarnya ia adalah khamar yang telah diharamkan oleh syara'. kemudian menjadi kelaziman pula,suasana mabuk itu akan disertai dengan alunan muzik dan juga nyanyian artis - artis kenamaan. Rasulullah S.A.W menerangkan bahawa golongan ini akan ditimpa gempa bumi atau tubuh badan mereka diubah kepada kera dan babi. Gempa bumi yang berlakudi beberapa tempat didunia sebagai satu seksaan dari Allah S.W.T, dan walau golongan ini belum sampai keperingkat diubah badan mereka menjadi kera dan babi tetapi perangai dan cara hidup mereka sudah banyak menyerupai perangai dan cara hidup kera dan babi.

Khamar diminum di banyak kedai,
jadi biasa bersama handai,
banyak terlibat si cerdik pandai,
iman di dada akan tergadai,

akunan muzik ikut sertakan,
biduanita turut nyanyikan,
menari nari lupa daratan,
bagaikan kera di dalam hutan.

Apakah mereka fikir mereka akan hidup selamanya..? Manusia yang mengabaikan diri dan mengabdikan diri pada ajakan syaitan akan selalu mempertahankan perbuatan mereka.., kita lihat hari manusia cerdik pandai yang telah diberikan kelebihan Ilmu dari Allah membuat onah dan memperlecehkan agama.. bagi mereka hidup yang muda ini jangan dipersiakan...nanti dah tua boleh berubh dan bertaubat... apa mereka fikir umur dan ajal mereka itu mereka yang tentukan... mereka lupa bahawa Allah melihat perbuatan mereka dan akan dipertontonkan di Padang Masyar...

Marilah sahabat2 ku.. kita berubah kepada Islam sejati.. bukan Islam yang ada pada nama saja.. Islam itu indah..jika kita memahaminya dengan sebenar benarnya...

No comments: